Pada hari selasa yang lepas, yakni 28hb Disember 2010, sejurus akaun bank ibu penuh dengan durian runtuh, ibu arrange utk aktiviti ' Makan Besar' bersama ahli-ahli keluarga sebelah ibu. (sebelah ayah insyaallah apabila kami pulang ke Muar hari ahad ni).
Ibu mmg tiap2 tahun jamu mereka setiap kali dpt rezeki lebih, tp ibu tak masak la.. sebab ibu tak pandai masak dlm kuantiti yg byk. So, kami ke Restoran 'Md Chan Abdullah' Makanan Cina Muslim di Kelana Jaya. Selalunya ibu n ayah mkn di Bukit Beruntung selepas kerja, tp kali ni pegi Kelana Jaya. Besar btul ... sama macam cawangan Bangi. Interior deco cantik, luas tetapi masih mengekalkan kualiti makanan yg sedap seperti kedai pertama mereka yg kecik comel di Bukit Beruntung.
Ibu pilih restoran ni sebab abah mmg kurg berkenan makan kat hotel2 mewah, atau tempat yg byk protokol, sebab susah nak beramah mesra mcm kat kedai mamak. so, pilihan ibu ni mmg tepat la, memandangkan darah kaum cina yg masih ada sisa2 dlm bdn ahli keluarga kami ni... mmg chinese food menjadi pilihan utama... dpt lak yg halal, lagi la syok makan...
tetapi, mummy dearest tak dpt join, almaklumlah, mak tak lama lagi akan bersara sepenuhnya, selepas kontrak tahun demi tahun nya sudah sampai ke penghujung nya awal januari tahun 2011.... oleh itu, dia terpaksa menghadiri banyak jamuan perpisahan di cawangan2 LHDN seluruh Malaysia. 2 minggu lepas di Sabah Sarawak n Labuan, selepas itu di selatan dan timur semenanjung, dan minggu ni di utara...(kangar, ipoh, penang dll...) dan minggu terakhirnya di Selangor & Kuala Lumpur. Mak kata takpe, go ahead... nanti belanja mak special... ok, mummy dearest!
So, kami yg lain semua berkumpul di restoran jam 8 mlm.. isk, menu masya allah... dari ketam masak sos special, ke sotong goreng rangup, butter prawns, ikan steam, lemon chicken, ayam kong boh, kailan sos tiram, sizzling taufu... and fish ball sup utk anak2 ibu.
air lak, mestila speciality Md chan, limau asam boi.... and lain2. dah abis mkn, siap order air lain lagi... air panas, teh tarik la, nescafe panas la n white coffee.
(p/s: jgn risau, semua abis licin... 10 org mkn ... lagi-lagi ada pak long nurin n hana... confirm licin semua)... Total tak sampai pun RM 3o0.. kalau makan kat hotel baru dpt 3~4 org mkn harga mcm tu...hehehe..
No comments:
Post a Comment