Showing posts with label Ibu's journal. Show all posts
Showing posts with label Ibu's journal. Show all posts

Monday, September 12, 2011

Thank you hubby!

Ibu sekarang berada di kampung Merapoh, Kuala Lipis, Pahang Darul Makmur. Setakat ni, setiap kali ibu bersalin, ibu mmg berpantang kat sini ngan Busu (adik abah yang paling bongsu). Busu la yg jaga Nurin, Hana n baby Umar. Ibu tak berpantang kat Muar (kpg mertua) sebab tak nak menyusahkan mak yg dah tak berapa kuat. Kesian pulak nak turun naik mandikan baby and masak utk Ibu. Mak ibu lak bekerja.... career a.k.a. working mom.. :) . tp alhamdulillah, sejak bersara dr LHDN, and skang keja waktu anjal ngan Pricewater house Coopers and Securities Commissions ni... mak amik cuti 3 minggu sempena hari raya and jaga Kakak Nurin and Kakak Hana...

Insyaallah, hujung minggu ni mak akan hantar kakak2 umar balik kampung since cuti dia nak abis,.. and ibu will be re-united with all my kids. Ayah pun suka la hantar ibu balik kampung.. hehehe, dpt dia concentrate ngan keja opis yg tak abis2 bawak masalah .. hehehe.. tengah2 ibu bersalin, bole dia dpt msg yg company dia top contributer downtime kat Perodua... apalagi.. nyaris mengamuk... nasib baik, pikiran dia still kat ibu yg tengah sakit bersalin.

:) selalunya bila ayah busy, utk elakkan ibu dr mengarut2 duk ckp 'ye la...tak layan ibu'..ayah pun suka la suprisekan ibu ngan hadiah ke bunga ke.. hahaha.. tp awal2 sebelum bagi hadiah dah pesan... abg busy yek bulan ni... mungkin pas 3 minggu baru ayah lawat ibu n anak2... hehehe... takpela.. dah terbiasa.

Alhamdulillah..ayah jaga makan ibu time ibu kat rumah sorg berpantang sementara tunggu Baby keluar hospital, buat itu buat ini... dalam busy2 settle kan umah, basuh, jemur and lipat kain... , sempat jugak ayah pegi shopping beli hadiah utk ibu...

dalam masa yg sama, kawan baik ayah pun hadiahkan ibu hadiah sempena raya... setiap tahun raya, sejak ibu kahwin ngan ayah 5 tahun lepas, tiap2 tahun ibu dpt set pinggan mangkuk Correlle atau Corningware. tp tahun ni, dia hadiahkan handbag utk ibu sempena raya... 'punya la jeles ayahnya... sebab dia kata kalau bagi pinggan, bole gak abang guna... ni bg handbag'.. hahaha.. pas tu bole lak dia kata... 'eh bag ni sama mcm yg abang beli utk yati waktu kat bangkok dulu... '.. hehhee mmgla bang, yang kat bangkok harga rm10..keras pun ye.. ibu buat simpan telekung je... yg ni ori..hahaha... lembut semacam leather je.. siap kat zip tak tulis 'YKK' mcm yg kat bangkok.. :)

tgk la beg kat bwh tu, mana tak ayah jeles... raya haji baru bole ibu melaram...ayah siap kata abis la beg-beg coach kat umah duk dlm kotak balik... :)

ni la beg yg kawan ayah bagi... :) senyum sampai ke telinga ibu.. nak harapkan beli sendiri, jgn harapla nak membazir.. masuk outlet2 dia pun tak sanggup.. (ibu bukan dato'ct nak beli brand ni)

ni gelang ayah bagi ibu... :) (rasanya sebab dia seronok sgt dpt baby lelaki yg ditunggu2)

ni la Ipad2 baru ibu... hehehe, ayah kata kesian ibu tak dpt guna Ipad ibu...asyik kena conquer ngan kakak Nurin tgk Barbie and kakak Hana tgk Barney je... so.. ayah belikan ibu Ipad2 .. ganti Ipad lama ibu... :)

so... Thank you hubby darling kerana memanjakan and menjaga ibu... :)
This post is tribute to you...

Sunday, September 11, 2011

Day 17....27 more to go

Dah hari ke 17..... Lagi 27 hari... Tamatlah hari berpantang... So far so good, alhamdulillah.

Thursday, September 1, 2011

Pray for my son....

Assalamualaikum... dah lama betul tak update blog... busy ngan anak2 + tak larat dengan 3rd pregnancy asyik sakit je..

Untuk makluman, Ibu dah selamat melahirkan baby boy (Alhamdulillah) pada 26hb Ramadhan 2011 bersamaan 26hb August 2011 baru-baru ni...pada jam 7.30am secara pembedahan LAGI di Putra Medical Centre. Sepatutnya bersalin selepas raya... tp disebabkan ada premature contraction, ibu terpaksa bersalin awal seminggu... :(

Alhamdulillah, ibu beransur sihat... tp sakit sebab pembedahan tu mmg ada... tp ibu terpaksa la tanggung sebab nak anak2 sihat...

Untuk makluman, ibu tak dpt dukung lagi anak ibu ni... sebab pada jam 5 ptg hari yg sama Ibu deliver, baby terpaksa dipindahkan ke NICU Tropicana Medical Centre disebabkan masalah pernafasan... :( ni dah masuk hari ke-7 baby kat situ, ibu baru 2 kali lawat dia... itupun dpt sentuh sket2 je... sebab baby dlm ventilator and incubator... sedih hati ibu. Kakak-kakak dia, Nurin and Hana ... dan di bawa pulang ke kampung oleh Atuk and Wan utk sambut Hari Raya. Lagi sedih hati Ibu... berdua di rumah sahaja sempena Syawal tahun ni... anak di kampung, dan anak di hospital... tp ibu kena bersabar sebab tak elok ibu baru bersalin asyik sedih kan...
Doakan anak ibu sihat yek... ibu sedih tgk tube2 masuk badan... keja ibu kat umah duk pump breastmilk je nak pastikan baby ibu dpt khasiat yg sepatutnya walaupun tak sihat... setiap kali ibu lawat dia, ibu nangis... tp alhamdulillah doktor kata progress baby bertambah baik... hari ni insyallah doktor akan putuskan oxygen support nak ajar dia bernafas dengan sendiri secara ryhtmatic... doakan anak ibu mempunyai daya ketahanan yg tinggi... Insyaallah...

Nanti ibu post beberapa gambar baby ibu sebelum transfer and condition sekarang... and juga gambar kakak-kakak dia beraya yg dihantar melalui MMS oleh atuk diaorg...

Baby current condition... :( sedih hati ibu tengok

Baby hari ke 3 di NICU

Baby 1st day... waktu nak transfer ke TMC

Baby waktu transfer... masuk dlm bilik wad ibu... tp ibu tak bole sentuh... :(
Baby waktu lahir... :) my son...

Kakak Nurin and kakak Hana di Hari Raya ke-2

Kakak Nurin and Kakak Hana dengan Atuk dan Wan di Hari Raya Pertama di Kpg Merapoh
Hana takut mercun di malam raya... :) comel kan bersumbat tisu telinganya
Kak long pun takut jugak... muka sedih je
Kakak in matching outfits.... pada hari melemang... :) rindu ibu kat puteri-puteri ibu ni..

Sunday, March 27, 2011

Assalamualaikum.... time for blog update. Seperti yg dijanjikan, ibu punya post kali ini ialah berkenaan umrah yg ibu dan ayah buat baru-baru ni... ibu post byk photos... (tp turutan semua terbalik... hehehe, malas nak adjust... gambar yg first last day...gambar yg last first day)... tp tak kisah la... :)


Alhamdulillah, akhirnya ibu berjaya menjejakkan kaki ke tanah suci Mekah dan Madinah utk pertama kali... (ayah dah masuk kali ke-3). Ibu rasa seronok sgt, banyak kenangan manis... peristiwa-peristiwa menarik yang insyaallah akan jadi ingatan ibu sampai bila-bila.


Oleh kerana ibu pregnant, doktor tak galakkan ibu buat lebih dari 3 kali umrah... tp kalau sihat, bole buat lebih.... tp ibu ikut nasihat doktor, ibu buat 3 kali, alhamdulillah... dan buat jugak tawaf sunat... Ibu juga bersyukur sgt diberi peluang betul-betul berdiri depan pintu Kaabah (ayah pun tak dpt)... Pengawal Kaabah tetiba bila ibu tengah tawaf dalam kesesakan ramai panggil ibu "hajjah..hajjah, masuk"... (utk makluman, mmg diaorg dah terer semua bahasa tgk kaum yg dtg.. sebab mmg ramai dah yg diaorg jumpa)... so ibu dpt masuk ke kawasan dpn pintu Kaabah... betul-betul tepi Hajar Aswad.. Oleh kerana first time, ibu tgk dpn pintu Kaabah, takde org.... tp dkt area Hajar Aswad, masyaallah ramainya... sampai panjat2 atas org... so ibu tak berani nak pegi cium Batu Hajar Aswad tu takut kena hempap.... tapi ayah kata (lepas ibu jumpa ayah balik) ... rugi ibu tak mintak ngan pengawal tu.... sebab selalunya kalau pengawal tu panggil masuk... tu rezeki... kalau mintak nak pegi kat Hajar Aswad tu, insyaallah pengawal tu akan tolak semua lelaki yg ada kat situ n bagi perempuan cium... mana la ibu tau... ingatkan dpt duduk depan pintu Kaabah tu dah cukup bersyukur dah sebab hanya ibu kat situ waktu tu... ... Takpela, rezeki ibu mungkin takat tu je... insyaallah lain kali kalau ada rezeki, ibu akan dpt peluang lagi...


Ibu ada beberapa post beberapa gambar lagi.... ibu seronok sgt, sebab ayah bawak ibu naik business class... makanan non-stop asyik hidang je... :) duduk pun hotel mengadap masjidil haram... tak sampai 5 min berjalan ke dua-dua masjid...


Ibu pun alhamdulillah dpt jumpa semua rakan-rakan Perodua yang pergi ke sana walaupun dalam kesesakan ramai... :) rezeki ibu ... (jumpa Darmawan QA, Kak Ila, adik dia, Kak Hapizah).... Ibu pun dapat jumpa Dato' Siti Nurhaliza and Dato' K... diaorg datang 5 hari je...tp Ibu takdela amik gambar diaorg... senyum, and diaorg senyum balik je... (almaklumlah, dia dtg nak beribadat.. sama mcm ibu... takkan ibu nak sibuk nak amik gambar lak..) Malek Noor pun ibu jumpa... :) seronok tgk ramai jemaah Malaysia yg pegi...


Okla, cukupla kut... yg lain walaupun byk lagi... biarlah disimpan utk kenangan ibu je... insyaallah, nanti ada rezeki utk kawan2 ibu yg baca blog ini utk pegi... ibu dah daftar haji... insyaallah 2017... hehehe... kira umrah ni persediaan ibu la...


Enjoy the photo... walaupun tak teratur ... :)


Ibu dekat Airport Jeddah... pakai baju jubah beli kat sana.... bole pakai time sarat nanti :)

di perkarangan masjid
ketika ziarah jabal rahmah...


Ibu n unta


ibu n burung2 yang memang byk dpn masjidil haram


Ibu with Kebab (makanan fav ayah)


dari bilik hotel ibu... mengadap masjid... betul2 dpn pintu istana raja saudi


bilik hotel ibu


Tv hotel meridien tayang live broadcast dr Kaabah... so ibu tau bila ramai org and bila kurg... bila kurg, ibu ngan ayah siap2 pegi tawaf ;)


Ibu dkt atas bukit penyerang berpanah ketika perang Uhud (tempat Sayidina Hamzah menemui ajal)


Ibu lagi...


Tapak Perang Uhud



Ibu and ayah dpn Masjid Quba


Ibu dpn Masjid Nabawi


Ayah dpn Masjid Nabawi


Ibu lagi...


Ibu jugak... :)


Pilot and co-pilot yang solat dlm kapal terbang dlm perjalanan pergi dr KLIA ke Madinah


Makanan2 business class


makanan lagi...


entree'...


Ibu dlm flight...


Ibu sebelum pegi... perasan kiut... :)



hehehe..... okla... take care semua... sehingga bertemu lagi di lain post

Wednesday, March 23, 2011

Sneak Preview..... Subhanallah

Bukit Safa - Permulaan Saie'

Jabal Rahmah - Tempat pertemuan Adam & Hawa


Masjid Quba - Masjid pertama yang dibina sendiri oleh Nabi Muhammad SAW


Masjidil Haram & Kaa'bah

Masjid Nabawi - Masjid Nabi / Tapak Rumah Nabi / Taman Syurga Raudhah / Makam Nabi, Saiyidina Abu Bakar dan Saiyidina Uthman

Alhamdulillah, dapat ibu jejakkan kaki dengan ayah. Dah lama ayah berhajat nak bawak ibu...sejak mula kahwin lagi. Akhirnya terlaksana juga.

p/s: next post ibu will elaborate detail, insyallah... ;)

Monday, March 7, 2011

Umrah

Ibu sekarang dekat KLIA dengan ayah.... Insyaallah Akan sampai ke tanah suci Mekah dan Madinah utk mengerjakan umrah dan ziarah dari 7hb - 17hb..... Anak-anak ibu tinggal ngan atuk, wan dan wan su di damansara.... Sebak rasa hati nak tinggalkan anak-anak. Tak penah lagi tinggalkan mereka berdua , selalunya, ayah pegi...ibu tinggal.... Ibu pegi, ayah tinggal..

Ibu doakan semoga perjalanan kami dirahmati, urusan anak-anak dipermudahkan dan ahli keluarga dilindungi , insyaallah....

Sehingga bertemu semula.... Insyaallah.

Saturday, February 19, 2011

~warded~


Ibu kena tahan di wad PMC 3 hari 2 malam sejak khamis lepas (17hb ~ 19hb/2/2011) sebab virus infection / viral fever.... bdn jadi sengal2... tekanan darah rendah.... and tak bermaya...
Mula2 anak yang demam... bergilir2... elok je budak2 tu sihat, ibu lak berjangkit... mula2nya muntah2 sejak petang kat ofis... muka dah merah2...balik je keja terus flat. ingatkan pas rehat , and mkn panadol okla... alih2 pagi esok, tepon bos kata masuk lewat..tup-tup tak masuk langsung, sebab kena tahan ngan doktor... so bermalam la ibu di hospital. adik n kakak, ayah hantar damansara sebab ayah pun rasa nak demam.... :( isk, satu family berjangkit...
tp, alhamdulillah, ibu dah kuat sket... tinggal batuk n selsema je belum kurang. doktor kata takpe, discharge dulu, nanti dtg follow-up balik..
rindu kat anak2.... still kat umah mak... :(
cepatla balik anak2 notty ibu.... ibu rindu !

Friday, December 31, 2010

last day of 2010!

Di hari akhir 2010 (31 Disember) ni... Ibu telah mengamuk dan kemudiannya rasa sgt sedih!...
Rentetan hari ni..

8.30am - breakfast
10.15am - OU (dgn wan su, nurin n hana)... ayah tak ikut sebab nak ke semayang jumaat nanti.
4.00pm - sampai umah.

Ibu jalan ke belakang... nampak pelantar kayu ibu kotor penuh kesan tanah.. dah 4-5 hari mcm tu.... so, ibu jalan ke bilik belakang... nampak bibik tengah gosok baju kerja yg baru kering pukul 3 pm tadi... Darah ibu sedikit naik... seingat ibu, ibu dah ckp, tak payah la gosok baju lagi, 4hb baru keja.. dan dah byk kali pesan, jgn gosok hari2.. byk lagi keja nak buat sebab rumah ni besar...

Ibu : Bik, kenapa gosok baju dulu... tgk belakang tu kotor tak dicuci...
Bibik : hmmph (sambil buat muka sinis..tutup iron) iya!
Ibu : Takkan nak tunggu saya ckp, takkan kamu tak nampak kotor waktu jemur kain tadi..
Bibik : Iya, saya udah cuci..... seminggu lepas.. (buat muka kerek lak)
Ibu : mmg la, tp kan kamu nampak tukang kebun tu buat keja 5 hari lepas... kotor balik, kenapa tak cuci lagi...
Bibik : oh iyala...

Ibu lak tergerak hati tolak pintu bilik air bibik...
Tolak-tolak bunyi kreekkk..... terkejut, hitam nya dinding bilik air... dah sampai atas keraknya, tenyeh ngan tangan lambat hilang dakinya...
Ibu pun tanya : Bibik, kamu tak penah cuci ke bilik air ni..
Bibik : Iya, cuci hari-hari...
Ibu : Kalau cuci kenapa dinding nya semua hitam ni...
Bibik : iya, hari-hari saya cuci, tp dinding nya enggak...
Ibu terus berselirap darah naik...
Bibik lak dgn muka sinis...keluar cuci pelantar..

sambil dia cuci pelantar... ibu duduk kat meja makan... pagi tadi masa breakfast roti canai, ibu dah perasan ada kotoran lekat dkt 'meja pusing Ikea' Ibu... tp ibu bersangka baik, nanti pas breakfast dia cuci kut.... tp waktu ibu duduk tu, ibu tgk ada lagi.... aik.. tak lap meja ke...

Bibik masuk... ibu tanya ... 'ni tak nampak ke kotor ni'....
Bibik : oh iya... nanti la saya lap. (sambil senyum sinis lagi)
Ibu terus marah.... 'kamu ni kalau saya tak suruh, takkan tak buat',,.. kan byk keja dlm umah ni.....Suara ibu mmg tinggi la... (selama hampir 3 bulan dia duduk ngan ibu, ni first time,... selalu ibu ckp and bebel je...dia pulak dulu penah keja kat saudi, berpelajaran... senang tangkap ckp... tp lately ni malas... suka tangguh keja... buat yg mana suruh je.. Kalau kata basuh kasut ni.. kotor.. dia basuh yg tu je... padahal sebelah tu kasut nurin ibu penuh lumpur.. isk!)

Dah ibu start tinggi suara tu...dia jawab balik
Bibik : Ya laah... (tinggi suara jugak)....
Ibu : kenapa sibuk gosok baju tp yg lain tinggal.. kan saya dah pesan jgn gosok je kejanya..
Bibik : Saya ni manusia.... kan capek buat keja byk2...(SUARA TINGGI)... dah la tak di bayar gaji
Ibu TERUS TEMPER : apa pulak tak byr gaji... kan ejen kamu kata selepas 3 bulan... yg 3 bulan pertama ni utk tanggung permit, insurance, passport n medical examination....
Bibik : BILA IBU BAYAR GAJI SAYA UTK SAYA BUAT SEMUA NI!! saya capek ni, tak berperikemanusiaan...

Untuk makluman (ANAK tak perlu jaga - DI HANTAR TASKA, LANDSKAP (POKOK) tak perlu jaga - ADA TUKANG KEBUN YG DTG, MASAK tak perlu - IBU BALIK MASAK.. TENGAHARI SEMUA LAUK ADA, sotong, udang, ayam, daging, tempe...lengkap, KERETA tak perlu cuci - AYAH HANTAR KEDAI TIAP-TIAP MINGGU utk KE-4-4 biji.., BAJU & ALAT KELENGKAPAN- Semua ibu bekalkan...sabun, pad, bedak, syampoo...baju, baju kurung... kesemuanya)... kerja bibik di rumah hanyalah mengemas sahaja..... ( CUTI... BAWAK DUDUK HOTEL MEWAH...ikut kami sekali, MAKAN DI RESTORAN MAHAL, ... semua kami bawak... takde satu pun tinggal)... BOLEH PULAK DIA CAKAP AKU TAK BERPERIKEMANUSIAAN,... memang marah tahap gaban ni...

Bibik : saya ni capek.... sabtu ahad, asyik bawak saya jalan... tp pas tu kerja byk...
Dlm hati ibu 'apa yg byknya... basuh kain, angkat kain, lipat kain, gosok(kdg2 je), cuci bilik air, sapu and mop je... kadang2 lap tingkap.....'

Pas tu ayah dtg dapur...terus bibik cakap
Bibik : TUAN, HANTAR LA SAYA BALIK... SAYA MALAS MAU KERJA DLM SITUASI INI
(situasi ini dimana ibu suruh bersih ..lap dan sebagainya.... HELLO!! i'm paying u RM600 tau sebab kerajaan dah start suruh.... bibik dulu RM 4o0 je tau... keja tiptop..takde menjawab cam ko)
Abang : apa ni yati!...
Ibu : Dia ni la....
Bibik : HANTAR SAYA PULANG
Ibu : Byk cantik... baru marah first time suruh bersihkan... nak balik terus
Bibik : AAHHHH!! TAK MAU AKU.... sambil pack barang nak balik
Semua dia tinggal, satu pun tak bersih...

Ibu pun ke dpn disusuli abg...
Abg : u betul ke tak nak dia ni...
Ibu : bukan yati tak nak... yati cuma marah dia tak bersihkan... terus dia tak nak n pack barang...
Abg : u pun satu.... ckp la elok2... kenapa marah...
Ibu terus jadi sedih.... ayah salahkan ibu...
Ibu : byk kali dah cakap... dulu bebel2... skang dah masuk 3 bulan... ibu marah la sebab kualiti keja tak bagus... bukannya murah bayar....

.... kesudahan... ayah tepon agent, suruh amik balik...
Sebenarnya... dah lama ibu pendam... dia suka tangguh2 keja... busu ada ckp sket... dia ni mcm malas sket... kadang2 tido...(sebelum hari ni, ada ibu tgk cctv yg ibu pasang... mmg nampak dia tido... cuci seminggu sekali... tu yg kemarahan bila pendam jadi meletup... bila dia kata dia capek sgt)...

So salahkah ibu? Berakhirlah bibik ibu yg ke-7... (dah 7, mesti semua org kata ibu yg tak pandai jaga bibik kan?!!... sedih ibu)
Saja nak flashback.....
Bibik 1st (ELLY - 38 tahun) - amik waktu ibu dlm pantang nurin... suka tinggal pintu semua tak kunci.. nyanyuk, banyak masalah keluarga, asyik termenung je.. rasa tak selamat ... ayah hantar balik waktu Nurin 56 hari...- tu yg start hantar taska
Bibik 2nd (apa ntah nama) - tahan sekejap je... tak paham bahasa langsung
Bibik 3 rd (Tini - 25 tahun) - tahan 1 tahun 5 bulan ... start je ada tepon 4 bulan terakhir, menggatal... keluar ngan driver lori... bawak anak jiran jumpa pekerja kontrak buat rumah... malu kami ngan jiran..
Bibik 4th (ntah apa nama - 43 tahun) - suka ckp pasal majikan lama jahat, and suami dia nak jampi majikan lama... isk ngeri... kalau aku marah dia ... agaknya kena la ibu kena santau..
Bibik 5th (ntah apa nama) - ' setiap kali ibu tanya paham tak... ya paham... tp semua keja buat salah.. bila jumpa kawan senegara, bibik cousin, dia tanya.... paham itu apa, cakap itu apa... isk.. kalau mcm tu semua yg aku ckp semua tak paham la)
Bibik 6th (Netty - 22 tahun) - mata kuyu je, keja tip top sampai 9 bulan... sampai la dpt berita ibu dia dah meninggal 3 bulan yg lepas.... terus sedih... nangis je setiap kali buat keja.. sampai selalu salah...elakkan ibu marah, dia mintak balik.... mmg la ibu paham dia sedih, tp sampai quality keja makin menurun... ibu terpaksa hantar dia balik...
Bibik 7th (Is- 30 tahun) - yg ni la... yg educated.... sangat cerdik... tp bila cerdik, menjawab lak...

So berakhir la 2010 ibu... hari yg sedih.... sgt2 sedih....
Apa pendapat korg?... rasa ibu tak payah amik bibik dah la... cam serik... tp rumah besar, ibu tak larat... :(

Monday, December 6, 2010

QC Team Building @ Gambang Resort (4th~5th Dec'10)

Team Black Maria

Team 'Sky Hawk'

Menuju ke Paint Ball area dlm hutan

Muka kekenyangan

Bos2 ... dan orang kuat QC (mcm kumpulan pop shuvit pun ada gak)

Ibu & Kawan seperjuangan , Arey

Ibu waktu jatuh dlm game 'Trust & Fall'

Kumpulan 'Jin Buragas' - Team yg selalu hilang tetapi menang team terbaik...ahaks!

Gambar2 kat atas ni diambil sempena QC Perodua Team Building... Alhamdulillah.... julung2 kalinya... setelah hampir 6 tahun kerja di Perodua, first time... Ibu dapat pegi retreat yang tak perlu terperap dlm bilik seminar membentangkan KPI-KPI yang tak bole dan sudah di achieve... di hentam oleh bos2 kerana membuat presentation salah dan sebagainya... Ini kali 3 yang Ibu dpt join... dan pertama kalinya penuh dgn aktiviti outdoor. Walaupun penat sebab tak cukup masa dan masalah2 teknikal seperti bas lewat, n bilik penuh, tapi overall tetap menghiburkan. First time jugak la Ibu pegang gun paint ball walaupun hanyalah tembak target je (Ok pe... 29/51). Lenguh2 kaki, sengal2 sendi bila org2 berusia disuruh berlari main perang2 baling air.. dan berpeluk2 utk mengeratkan silaturrahim.. (jgn takut, lelaki saja yg kena peluk2... yang perempuan dikecualikan) :)
Overall menghiburkan.... balik apa lagi... sambung keja la... hehehe peace!