Showing posts with label memories. Show all posts
Showing posts with label memories. Show all posts

Wednesday, March 23, 2011

Sneak Preview..... Subhanallah

Bukit Safa - Permulaan Saie'

Jabal Rahmah - Tempat pertemuan Adam & Hawa


Masjid Quba - Masjid pertama yang dibina sendiri oleh Nabi Muhammad SAW


Masjidil Haram & Kaa'bah

Masjid Nabawi - Masjid Nabi / Tapak Rumah Nabi / Taman Syurga Raudhah / Makam Nabi, Saiyidina Abu Bakar dan Saiyidina Uthman

Alhamdulillah, dapat ibu jejakkan kaki dengan ayah. Dah lama ayah berhajat nak bawak ibu...sejak mula kahwin lagi. Akhirnya terlaksana juga.

p/s: next post ibu will elaborate detail, insyallah... ;)

Wednesday, December 29, 2010

Jalan2 ke Pahang!

Weekend yang lepas, kami sekeluarga + wan su ke Pahang.
(wan su dtg tinggal umah kami time cuti sekolah, so anak2 tak ke taska- bolehla ibu sampai awal sket ke office 2 minggu akhir 2010 ni).

Tujuannya utk ke majlis sambut menantu Angah, di Felda Chini... hajat di hati nak stay di Gambang, bwk budak2 main air di taman tema nya.... tp since fully booked, ayah treat us all to Hyatt Regency, Kuantan (betul-betul di perairan Teluk Chempedak).. :) ibu pun senyum lebar.... huhuhu...
Kami sampai kul 11 am... semua saudara-mara berkumpul di rumah penginapan (saudara pengantin lelaki). Sebelum tu kami berkonvoi ngan abah... abah biasalah, mana bole jumpa cucu.. ajak breakfast kat karak... makan roti canai dulu... beramah mesra ngan nurin n hana baru kami proceed perjalanan.

Dah abis majlis dlm kul 2.30pm, sebelum kami ke Kuantan, kami singgah di Tasik CHini... 5 min je dr rumah pengantin... tak penah pegi, jakun sket. tp tasik nya kena naik bot. takutla ibu.. so pas amik2 gambar, kami proceed ke kuantan..
Sampai je bandar, singgah minum teh'o kat umah sepupu ibu, anuar... sebab adik2 beradik dia, anak mak teh semua berkumpul sebelum bertolak balik kl...
Dah kenyang ngan air, baru kami sampai Hyatt... dlm kul 4.30. kakak n adik nampak je swimming pool, tak nyempat2 mintak pelampung dlm keta.. hehehe..
enjoy kat hotel sampai ahad.. sementara ayah pegi spa, sempat gak kami shopping kat supermarket nama Cowboy.. lawak btul... brg2 ala-ala mydin.. habis gak duit ibu kena pow mainan ngan anak2...

sampai sg buloh, dlm kul 8, kami pekena sup ani utara dulu... sebab ada live bola Malaysia vs Indonesia (3-0).. tgk half time kat kedai, and half time lagi kat umah..
ibu mmg keletihan, tp letih hilang esok harinya bila duit bonus n gaji masuk.... hehehe lebih 7 bulan bonus.... mana tak hilang letih..

:) okla.. panjang lebar lak... nanti sambung lagi yek... mungkin next post citer how ibu spend duit2 ibu wahahahaha... ada yg dpt Coach handbag satu lagi ;)
~bye~

kakak yg kegembiraan bila duduk hotel

adik yg nak ikut kakak buat peace... tp tak pandai..

hehehe... adik still tak pandai.

pemandangan dr bilik hotel


adik yg kesejukan... tp bila ajak naik , menjerit tak nak... last2 surrender

anak2 yang gembira jumpa pool

posing di tasik chini... adik berkaki ayam, sebab berdukung

kakak yg manis tersenyum di Felda Chini.
~the end~

Sunday, December 19, 2010

Snapshots dari Resepsi Perkahwinan di Kg Merapoh

orang-orang kampung merapoh, kuala lipis , pahang :) which i love

Muka ibu yg kepenatan setelah membasuh pinggan.... bergambar bersama sepupu2 perempuan

Anak2 dara ibu... sedondon.. si kakak bergaya...n si adik tak abis2 makan je keja nya

ibu & adik


angah di hari pernikahannya

turqoise green is the 'resepsi' theme....tgk ibu ku sibuk menyambut tetamu... jadi mdm vip lagi.. almaklumlah ;)

Cantikkan gambar2 ni... semuanya di snap shot oleh Adik Aqilah Hairan, one of my sis 'best buddies'. Semua gambar ibu convo, family potrait semua diambil oleh qiqi... kalau nak kenal si qiqi ni, refer gambar bawah ni, yang berdiri kat belakang our famous UK fashion designer, Hana Tajima ... Qiqi ni diehard fan si yunalis zara ni (a.k.a. yuna) which also turn out to be Hana Tajima's best friend in Malaysia. :) nasib baik muka ibu tak sesuai pakai tudung mcm qiqi... kalau tak .. confirm ibu ikut qiqi pi showcase diaorg ari tu...

p/s: nak buat mcm mana,... muka ibu tembam... tak cun pakai shawl ...hehehe peace!

Saturday, December 18, 2010

Baraka Allahu ~ Angah & Hubby 18th December 2010


We're here on this special day
Our hearts are full of pleasure
A day that brings the two of you
Close together

We're gathered here to celebrate
A moment you'll always treasure
We ask Allah to make your love
Last forever

Let's raise our hands and make Dua'
Like the Prophet taught us
and with one voice
Let's all say, say, say

Baraka Allahu Lakuma wa Baraka alikuma
Wa Jamaah baina kuma fee khair
Baraka Allahu Lakuma wa Baraka alikuma
Wa Jamaah baina kuma fii khair

From now you'll share all your chores
Through heart-ship to support each other
Together worshipping Allah
Seeking His pleasure

We pray that He will fill your life
with happenings and blessings
And grants your kids who make your home
Filled with laughter

..............Selamat Pengantin Baru adik sepupuku, Hasliza Mastura (Angah) and Hanapiah......
Semoga berkekalan ke anak cucu... ~ Baraka Allahu~

Monday, December 6, 2010

Di hari convocation Mak Su Nana

Sekitar majlis convocation adik Ibu, Nana pada 28th Nov'10.. Ibu kena wakil sebab mak ngan abah still di Tanah Suci Mekah.... :) so, sementara Ibu masih belum pulangkan jubah... so kami decide amik gambar bersama2... so inilah anak2 perempuan Haji Ibrahim & Hajjah Hasmah :) yang anak ke-2 dapat Masters sama tahun dengan anak bongsu dapat Diploma... Insyaallah, tahun 2012 nanti, yang ketiga, Ida akan dpt Degree sama tahun ngan yang bongsu dapat Degree jugak :) ... Yippie!! double celebration lagi :)


P/s: tak aci.... nana pakai kasut tinggi berpuluh2 inci... hahahahha, nak sama tinggi ngan Ibu.. :)

Saturday, November 27, 2010

Akhirnya... :)

Akhirnya Ibu update jugak blog Ibu after a looonggg and longggggg break... Dulu rajin, sebab asal masuk kelas weekend je, kalau tengah bosan, Ibu update blog... skang kelas dah abis... so nak bukak laptop pun tak rajin... Ibu update facebook and twitter skang pun tak guna laptop, guna Blackberry and Ipad je.. Alhamdulillah, akhirnya Ibu tergerak jugak hati nak guna laptop, so Ibu amik kesempatan nak update blog yang bersawang2 ni.

Alhamdulillah, Mak, Abah & Busu tersayang semua sekarang masih di Tanah Suci Mekah, menunaikan Ibadah Haji. Mereka semua akan pulang ke pangkuan kami Insyaallah pada 8hb Disember ini... tak sabar nak jumpa .. rindu. Oleh kerana mereka di tanah suci Mekah, mereka tak dpt hadiri majlis konvokesyen yg ke-73 UITM yang mana Ibu terima Sarjana bg bidang Pengurusan Kejuruteraan (Engineering Management) pada sidang pertama, 25hb November dan adik Ibu, Nana akan terima diploma bg bidang Mass Communication pada 29hb November ini. Ibu sgt gembira, sebab dpt terima scroll dr Yang Dipertuan Agung... walaupun sgt panjang majlisnya dan byk protokol, but it will always be in my hearts... moments that will be cherish forever. Selepas majlis konvo, ayah belanja kami semua makan di Fu-Rin Japanese Restaurant... nyam2...first time anak2 makan Japanese food.. Bole la...hehehe.

Disebalik kegembiraan, terselit jugak berita sedih dimana semalam, 26hb November... bapa saudara Ibu telah kembali ke rahmatullah, Allahyarham Zinil Abeden. Pak de kami ialah adik ipar Abah...menderita sakit kanser perut sejak mula didiagnosis tahap 3 ketika dia pulang bersama Mak De dari Mekah akhir tahun lepas. Kami doakan agar rohnya dicucuri rahmat dan semoga ahli keluarganya tabah menghadapi ujian Allah. ~Al-Fatihah~.

Ok, nak stop dah mengarang, nak siap2kan anak2 utk pegi majlis suai kenal penduduk Sunway Rahman Putra... aktiviti yg dianjurkan setiap tahun utk meraikan ahli penduduk. Ada McD goodies for anak2.. and makanan utk Ibu and Ayah... hehee, hari utk melantak...

okla, enjoy gambar2 yang di snap oleh bakal pemegang degree bagi photography...Cik Aqilah Hairan yang juga rakan baik Nana, dan ditemani oleh En Izdihar Jaafar...Both of them will also be receiving their diploma bersama Nana insyallah... Love them...

Kami di Fu-Rin Japanese Restaurant...Nana, Ida, Ayah, Ibu, Iz...and nampak kaki Nurin.. Hana n Bibik menyorok... and Aqi takde dlm foto...(itulah nasib si photographer...selalu takde)

My sisters.....from left Hedaya, Hayati and Diana.... tak sama kan?.. :)

Me and my other half... My partner and all-time supporter... My sayang!

Kami sekeluarga.... My lil' family..

Ibu n rakan2 sekelas... Kak Zila, Kak Ainon, Amir, Mat Syam.. yang takde dlm gambar.. Matun, Husna and HAsibullah... hilang dlm kesesakan ramai..

Hubby melayan Hana yg tengah demam... :(

Sunday, March 21, 2010

I-city

I-City 16th March 2010

Waktu ayah pegi umrah... nak hilangkan rasa rindu kakak kat ayah, ibu bawak wan su, kakak n adik pi tgk lampu kat I-city,.. saja jalan2. Kakak dah start rindu kat ayah... pegang gambar ayah, tanya ayah mana, muka tetibe sayu je. so, utk mengurgkan nya.. ibu bwk dia jalan2. Cantik gak I-city ni. Ibu tgk gambar kwn ibu, akak zalina and ambry, terus tanya ambry kat ofis..kat mana i-city ni.. so dgn gagah nya drive mencari jalan..


Senang je rupanya.. dekat ngan uitm tempat ibu belajar. tapi tak penah lalu waktu malam.. selalu habis kelas pukul 5-6. padahal lampu tu start pasang pukul 7.30 onwards.

Anyway, the girls was happy. Wan su pun excited. Wan su duduk ngan kami sempena cuti sekolah, teman ibu jaga anak2. wan su jugak yg jaga ibu dlm pantang for both kids... Ibu mmg sayang gila la wan su ni. suka dia ibu bwk jalan kat kl. life kat kpg, jimat lampu.. hehehe, so bile dia tgk limpahan lampu yg mewah ni, terkejut gak dia.. tp she seems happy n excited. Pas tu kami pi makan kat bangi kopitiam.. ibu minum teh tarik je, sebab dah lewat.. rosak diet ibu kalau mkn nasi.. hahaha..mcm real je.


okla, enjoy the pictures.. ;) not very clear... guna hp je sebab ayah bwk camera pi madinah n mekah :) nak tunjuk gambar masjid kat ibu..

.

Kakak yang dah tak muat duduk dlm baby chair...

tp nak duduk gak sebab dengki kat adik...last2 nak keluar sangkut ;)

Cheers!

Friday, April 10, 2009

Pak Lah, the last night as PM

Sitting from left:
Tan Sri Nor Mohamed Yakcop (Current: JPM Minister; Former: Menteri Kewangan 2); Bride & Groom; Pak Lah (Was the 5th Prime Minister that night; pagi esok alih kuasa kat Datuk Seri Najib); Bride's Father

Standing from right
:
Mummy dearest, Abah tersayang, ME, Hubby & Lil Nuyin, ?, Datuk Kong Cho Ha (Current:Menteri Perumahan, Previous: Tim Menteri Kewangan); ?,?.?,?,?,Nana, Ida, Bride's Mum & Wife of Datuk Kong Cho Ha...

Yang ??? tak ingat nama...maaf. Ada hakim negara, ada timb menteri...tapi, tak sure the names.

Sunday, April 5, 2009

Sneak Preview

Rasa tak sihat lately, that is why dah lama tak update. Anyway, was very busy with my only brother's wedding. My brother, Ihsan Junaidi Ibrahim got married to Malia Mohd last week. The akad nikah took place on the 28th of March 2009 at Denai Alam and the reception was held at Dewan Perdana Felda on the 2nd of April 2009. Gambar kat dewan, tak dapat lagi...sebab the professional photographer need at least 1 month to sort and select the nice ones... So this is the photos, that was taken un-professionally...hehehe camera sendiri (for sneak preview of both of the functions). Yang bestnya, Pak Lah came to the wedding, waktu tu he is still the PM, he pass the throne to the next in-line the next day....so luckily, Nurin was kissed and hugged twice by the PM dekat Dewan Perdana Felda. wahahaha....ibu dia yang terlebih excited. Tapi takde bukti kukuh, sebab gambar tak siap...huhuhu... nanti ada je gambar tu....frame kan besar2 kat umah... Mahal tu, on the last day of being the PM, lil Nuyin got special attention by him... Ibu pun terlebih excited la....lebih2 lagi lepas gian, dulu waktu ibu got married, tak dpt can amik gambar ngan Uncle Nash (the singer) even though he came to my wedding (almaklumlah, kena control ayu)...so bila uncle Nash dtg nyanyi waktu my bro's wedding, ibu pun naik syeikh laa nak bergambar ngan dia... takde la jakun mana pun...saje je buat kenangan... So..Uncle Nash dukung lil Nuyin, Ibu boyot berdiri sebelah... takkan Uncle Nash nak dukung ibu lak, senget bahu dia nanti. wahahaha... tapi ...sedih nya, gambar still with photographer, so takde bukti... Takpela... nanti kita postkan gambar2 tu kat blog, once dpt the CD. So, meanwhile, enjoy la gambar yg tak seberapa ni.... Peace !!!

Ibu n Nuyin tengah borak bahasa Jerman...

Nyam, Nyam sedapnya

We are family... nak masuk 10 org dah

Ibu n Nuyin kat dewan

Posing...sebelum guest datang.... ;)

Yang lain............TUNGGU!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!... Chow... Assalamualaikum....

Selamat Pengantin Baru Abg Long & Malia... Semoga berbahagia ke akhir hayat... Insyaallah

Tuesday, August 5, 2008

Aku...Wanita

Aku wanita punya hati nurani
Yang tak dapat dibohongi
Pabila cinta tlah membutakan mata
Dan membuat tuli telinga
Apakah salah jika aku menyinta
Apakah salah jika engkau ternyata
Pilihan hati
Belahan jiwaku ini
Cintaku ini anugerah terindah
Dari yang maha kuasa
Cintaku padamu tak pernah berubah
Meskipun kita berbeza
Apakah salah jika aku menyinta
Apakah salah jika engkau ternyata
Pilihan hati
Belahan jiwaku ini..
Aku wanita aku kaum hawa
Yang memang rapuh hatinya
Aku wanita aku punya cinta
Selayaknya manusia
Apakah salah jika aku menyinta
Apakah salah jika engkau ternyata
Pilihan hati
Belahan jiwaku ini..
~I wish Siti Nurhaliza recorded this song 4 years ago~

Saturday, June 21, 2008

~celebrations~

Yeah !! It's his birthday....20th June 2008



Yeah Yeah !! It's her birthday...21st June 2008




Yeah Yeah Yeah !!!... It's our day.






IT'S A HAPPY DAY !!! hehehehe...enough said... Thank you all !!!

Sunday, June 15, 2008

Pearls of Wisdom

Just got back from a weekend getaway at Saujana Hotel (where me and hubby did our wedding reception 2 years ago). Hubby received discounts so we decided to spend 2 days & 1 night there...sambil celebrate Father's Day. We had our Father's Day early dinner at Victoria Station, USJ..hmmm...superb. While we had our fabulous dinner, I browsed through the Father's Day special leaflet... and the wordings 'Pearls of Wisdom' catched my eye.. It was actually the 'many' sentences that we often or always hear from our fathers...Here are some of the sentences which you'll find it very TRUE!!

PEARLS OF WISDOM

We don't need to call the plumber.I can fix it.How hard can it be?
You call that noise MUSIC?!!
What do i look like to you, BANK NEGARA?!!
Did someone just drop a BOMB into your room ?!!
Is that phone glued to your ear?
You're not going out wearing that, are you?
When i was at your age, I understood the value of money.

Father's may not show or express their love like mum does..But from the sentences, we know that he cares for our well-being, and that's how most father's show and express their love to us..

So... to my father and also grand-father, Haji Ibrahim Karim

and my loving husband, Mohd Nizam, who is the father to my girl...


I'm blessed to have you both in my and Nurin's life. You have been a GREAT DAD all this years and we love you always and forever. Thank you for always been there for us, through good and bad times.. .. We love you. (: