Saturday, September 3, 2011

Day 8

Assalamualaikum.... Dah masuk hari ke - 8 dah hari ni... tp baby belum keluar lagi dr NICU;
tapi alhamdulillah, doktor dah cabut Oxygen Support kat hidung and Tube minum dr perut baby.. At last, baby ibu bole move easily tanpa gangguan.. and menurut nurse, dia tido pun dah start nyenyak, kalau tak asyik nangis je nak cabut semua tube yg ada kat tangan, kaki, hidung and mulut dia..

Dan semalam alhamdulillah, pada pukul 4 ptg, doktor keluarkan dr incubator... tp ada kuning sket, so kena duduk bawah UV lak.. :(

Yea... dah takde oxygen support kat hidung...

I can suck my fingers now... yummy..

Ibu,.. I'm out from the kotak... but kena jemur sket... :)


So... ni dah masuk 8 hari (tolak 4 hari ibu kena tahan kat hospital); keja ibu kat umah duk pump susu je utk baby ibu... ayah lak kena hantar susu 2 kali sehari kat Tropicana Medical Centre nak make sure supply baby cukup... alhamdulillah, supply makin hari makin bertambah mula dengan sikit je kat hospital,.. sampai la hari ke 8 kat umah.

stok dah increase... alhamdulillah

non stop pumping using Spectra.. promo lak

pelan-pelan stok bertambah... syukur. dpt baby zat susu ibu

stok waktu first balik umah... bole la...

stok kat hospital... almaklumlah ... baru-baru.. dah la takde baby nak stimulate.. :(

So... sekarang boleh la ibu umumkan nama adik kepada Nurin & Hana... :) Introducing Baby 'UMAR DANISH Bin MOHD NIZAM'. Ayah finally daftar kat JPN Kota Damansara semalam.. so it is finalized... Ibu doakan agar Umar jadi anak yg soleh, sihat dan dapat membantu ibu and ayah di hari tua kelak... Insyaallah... :) Amin.

Semoga cepat sihat ye Umar... Ibu tak dpt lagi nak dakap Umar.. harap2 secepat mungkin... :)

Thursday, September 1, 2011

Pray for my son....

Assalamualaikum... dah lama betul tak update blog... busy ngan anak2 + tak larat dengan 3rd pregnancy asyik sakit je..

Untuk makluman, Ibu dah selamat melahirkan baby boy (Alhamdulillah) pada 26hb Ramadhan 2011 bersamaan 26hb August 2011 baru-baru ni...pada jam 7.30am secara pembedahan LAGI di Putra Medical Centre. Sepatutnya bersalin selepas raya... tp disebabkan ada premature contraction, ibu terpaksa bersalin awal seminggu... :(

Alhamdulillah, ibu beransur sihat... tp sakit sebab pembedahan tu mmg ada... tp ibu terpaksa la tanggung sebab nak anak2 sihat...

Untuk makluman, ibu tak dpt dukung lagi anak ibu ni... sebab pada jam 5 ptg hari yg sama Ibu deliver, baby terpaksa dipindahkan ke NICU Tropicana Medical Centre disebabkan masalah pernafasan... :( ni dah masuk hari ke-7 baby kat situ, ibu baru 2 kali lawat dia... itupun dpt sentuh sket2 je... sebab baby dlm ventilator and incubator... sedih hati ibu. Kakak-kakak dia, Nurin and Hana ... dan di bawa pulang ke kampung oleh Atuk and Wan utk sambut Hari Raya. Lagi sedih hati Ibu... berdua di rumah sahaja sempena Syawal tahun ni... anak di kampung, dan anak di hospital... tp ibu kena bersabar sebab tak elok ibu baru bersalin asyik sedih kan...
Doakan anak ibu sihat yek... ibu sedih tgk tube2 masuk badan... keja ibu kat umah duk pump breastmilk je nak pastikan baby ibu dpt khasiat yg sepatutnya walaupun tak sihat... setiap kali ibu lawat dia, ibu nangis... tp alhamdulillah doktor kata progress baby bertambah baik... hari ni insyallah doktor akan putuskan oxygen support nak ajar dia bernafas dengan sendiri secara ryhtmatic... doakan anak ibu mempunyai daya ketahanan yg tinggi... Insyaallah...

Nanti ibu post beberapa gambar baby ibu sebelum transfer and condition sekarang... and juga gambar kakak-kakak dia beraya yg dihantar melalui MMS oleh atuk diaorg...

Baby current condition... :( sedih hati ibu tengok

Baby hari ke 3 di NICU

Baby 1st day... waktu nak transfer ke TMC

Baby waktu transfer... masuk dlm bilik wad ibu... tp ibu tak bole sentuh... :(
Baby waktu lahir... :) my son...

Kakak Nurin and kakak Hana di Hari Raya ke-2

Kakak Nurin and Kakak Hana dengan Atuk dan Wan di Hari Raya Pertama di Kpg Merapoh
Hana takut mercun di malam raya... :) comel kan bersumbat tisu telinganya
Kak long pun takut jugak... muka sedih je
Kakak in matching outfits.... pada hari melemang... :) rindu ibu kat puteri-puteri ibu ni..

Monday, April 4, 2011

Jalan - Jalan Cari Makan Ibu!

2hb April baru - baru ni... family Pak Su budak2 ni ajak makan sama-sama sempena meraikan Pak Su dapat bonus dari Celcom... :) so, memandangkan kami ni jenis tak suka jalan jauh2, Mak Su suggest kami pergi Cafe De'Manggis kat Kuang... Cafe ni menyediakan steamboat, barbeque and pakej ala-carte and set dinner.. Environment not bad, ada live band menyanyi... pilihan steamboat campur ice-cream, and kuih-muih. Ada juga ala-carte, pilihan ikan bakar... so, kami amik set steamboat n barbeque utk 4 dewasa... dan budak2 kami order ala-carte.. nasi ayam and nasi goreng cina... kami tambah gak 3 ekor ikan cencaru bakar utk puaskan hati ibu yg suka makan ikan bakar... ;) mmg sedap aa ikan bakar dia... cicah lak ngan sambal kicap, isk superb...
Alhamdulillah, not bad la servis makanan... harga pun berpatutan rm 20/sekepala utk steamboat and barbeque.
tu je la... tak tau nak citer apa dah... enjoy the photos...
sambal kicap... pedas n sedap
environment sekitar... budak2 kecik ni berlari tgk pilihan ikan
ikan bakar cencaru... sambal atas ikan tu sedap!
Mak Su, Harith and Abg Iman
Steamnboat tomyam and barbeque
Ayam dari set Nasi ayam... sedap gak sos kicap dia...
Adik asyik makan nasi ayam... kakak as usual ngan kerenah dia
Pak Su melayan Hanis and Hadee terbalik kan daging barbeque
Si kecik 2 org yg notty... !
;) the end~

Sunday, March 27, 2011

Assalamualaikum.... time for blog update. Seperti yg dijanjikan, ibu punya post kali ini ialah berkenaan umrah yg ibu dan ayah buat baru-baru ni... ibu post byk photos... (tp turutan semua terbalik... hehehe, malas nak adjust... gambar yg first last day...gambar yg last first day)... tp tak kisah la... :)


Alhamdulillah, akhirnya ibu berjaya menjejakkan kaki ke tanah suci Mekah dan Madinah utk pertama kali... (ayah dah masuk kali ke-3). Ibu rasa seronok sgt, banyak kenangan manis... peristiwa-peristiwa menarik yang insyaallah akan jadi ingatan ibu sampai bila-bila.


Oleh kerana ibu pregnant, doktor tak galakkan ibu buat lebih dari 3 kali umrah... tp kalau sihat, bole buat lebih.... tp ibu ikut nasihat doktor, ibu buat 3 kali, alhamdulillah... dan buat jugak tawaf sunat... Ibu juga bersyukur sgt diberi peluang betul-betul berdiri depan pintu Kaabah (ayah pun tak dpt)... Pengawal Kaabah tetiba bila ibu tengah tawaf dalam kesesakan ramai panggil ibu "hajjah..hajjah, masuk"... (utk makluman, mmg diaorg dah terer semua bahasa tgk kaum yg dtg.. sebab mmg ramai dah yg diaorg jumpa)... so ibu dpt masuk ke kawasan dpn pintu Kaabah... betul-betul tepi Hajar Aswad.. Oleh kerana first time, ibu tgk dpn pintu Kaabah, takde org.... tp dkt area Hajar Aswad, masyaallah ramainya... sampai panjat2 atas org... so ibu tak berani nak pegi cium Batu Hajar Aswad tu takut kena hempap.... tapi ayah kata (lepas ibu jumpa ayah balik) ... rugi ibu tak mintak ngan pengawal tu.... sebab selalunya kalau pengawal tu panggil masuk... tu rezeki... kalau mintak nak pegi kat Hajar Aswad tu, insyaallah pengawal tu akan tolak semua lelaki yg ada kat situ n bagi perempuan cium... mana la ibu tau... ingatkan dpt duduk depan pintu Kaabah tu dah cukup bersyukur dah sebab hanya ibu kat situ waktu tu... ... Takpela, rezeki ibu mungkin takat tu je... insyaallah lain kali kalau ada rezeki, ibu akan dpt peluang lagi...


Ibu ada beberapa post beberapa gambar lagi.... ibu seronok sgt, sebab ayah bawak ibu naik business class... makanan non-stop asyik hidang je... :) duduk pun hotel mengadap masjidil haram... tak sampai 5 min berjalan ke dua-dua masjid...


Ibu pun alhamdulillah dpt jumpa semua rakan-rakan Perodua yang pergi ke sana walaupun dalam kesesakan ramai... :) rezeki ibu ... (jumpa Darmawan QA, Kak Ila, adik dia, Kak Hapizah).... Ibu pun dapat jumpa Dato' Siti Nurhaliza and Dato' K... diaorg datang 5 hari je...tp Ibu takdela amik gambar diaorg... senyum, and diaorg senyum balik je... (almaklumlah, dia dtg nak beribadat.. sama mcm ibu... takkan ibu nak sibuk nak amik gambar lak..) Malek Noor pun ibu jumpa... :) seronok tgk ramai jemaah Malaysia yg pegi...


Okla, cukupla kut... yg lain walaupun byk lagi... biarlah disimpan utk kenangan ibu je... insyaallah, nanti ada rezeki utk kawan2 ibu yg baca blog ini utk pegi... ibu dah daftar haji... insyaallah 2017... hehehe... kira umrah ni persediaan ibu la...


Enjoy the photo... walaupun tak teratur ... :)


Ibu dekat Airport Jeddah... pakai baju jubah beli kat sana.... bole pakai time sarat nanti :)

di perkarangan masjid
ketika ziarah jabal rahmah...


Ibu n unta


ibu n burung2 yang memang byk dpn masjidil haram


Ibu with Kebab (makanan fav ayah)


dari bilik hotel ibu... mengadap masjid... betul2 dpn pintu istana raja saudi


bilik hotel ibu


Tv hotel meridien tayang live broadcast dr Kaabah... so ibu tau bila ramai org and bila kurg... bila kurg, ibu ngan ayah siap2 pegi tawaf ;)


Ibu dkt atas bukit penyerang berpanah ketika perang Uhud (tempat Sayidina Hamzah menemui ajal)


Ibu lagi...


Tapak Perang Uhud



Ibu and ayah dpn Masjid Quba


Ibu dpn Masjid Nabawi


Ayah dpn Masjid Nabawi


Ibu lagi...


Ibu jugak... :)


Pilot and co-pilot yang solat dlm kapal terbang dlm perjalanan pergi dr KLIA ke Madinah


Makanan2 business class


makanan lagi...


entree'...


Ibu dlm flight...


Ibu sebelum pegi... perasan kiut... :)



hehehe..... okla... take care semua... sehingga bertemu lagi di lain post