Sunday, March 27, 2011

Assalamualaikum.... time for blog update. Seperti yg dijanjikan, ibu punya post kali ini ialah berkenaan umrah yg ibu dan ayah buat baru-baru ni... ibu post byk photos... (tp turutan semua terbalik... hehehe, malas nak adjust... gambar yg first last day...gambar yg last first day)... tp tak kisah la... :)


Alhamdulillah, akhirnya ibu berjaya menjejakkan kaki ke tanah suci Mekah dan Madinah utk pertama kali... (ayah dah masuk kali ke-3). Ibu rasa seronok sgt, banyak kenangan manis... peristiwa-peristiwa menarik yang insyaallah akan jadi ingatan ibu sampai bila-bila.


Oleh kerana ibu pregnant, doktor tak galakkan ibu buat lebih dari 3 kali umrah... tp kalau sihat, bole buat lebih.... tp ibu ikut nasihat doktor, ibu buat 3 kali, alhamdulillah... dan buat jugak tawaf sunat... Ibu juga bersyukur sgt diberi peluang betul-betul berdiri depan pintu Kaabah (ayah pun tak dpt)... Pengawal Kaabah tetiba bila ibu tengah tawaf dalam kesesakan ramai panggil ibu "hajjah..hajjah, masuk"... (utk makluman, mmg diaorg dah terer semua bahasa tgk kaum yg dtg.. sebab mmg ramai dah yg diaorg jumpa)... so ibu dpt masuk ke kawasan dpn pintu Kaabah... betul-betul tepi Hajar Aswad.. Oleh kerana first time, ibu tgk dpn pintu Kaabah, takde org.... tp dkt area Hajar Aswad, masyaallah ramainya... sampai panjat2 atas org... so ibu tak berani nak pegi cium Batu Hajar Aswad tu takut kena hempap.... tapi ayah kata (lepas ibu jumpa ayah balik) ... rugi ibu tak mintak ngan pengawal tu.... sebab selalunya kalau pengawal tu panggil masuk... tu rezeki... kalau mintak nak pegi kat Hajar Aswad tu, insyaallah pengawal tu akan tolak semua lelaki yg ada kat situ n bagi perempuan cium... mana la ibu tau... ingatkan dpt duduk depan pintu Kaabah tu dah cukup bersyukur dah sebab hanya ibu kat situ waktu tu... ... Takpela, rezeki ibu mungkin takat tu je... insyaallah lain kali kalau ada rezeki, ibu akan dpt peluang lagi...


Ibu ada beberapa post beberapa gambar lagi.... ibu seronok sgt, sebab ayah bawak ibu naik business class... makanan non-stop asyik hidang je... :) duduk pun hotel mengadap masjidil haram... tak sampai 5 min berjalan ke dua-dua masjid...


Ibu pun alhamdulillah dpt jumpa semua rakan-rakan Perodua yang pergi ke sana walaupun dalam kesesakan ramai... :) rezeki ibu ... (jumpa Darmawan QA, Kak Ila, adik dia, Kak Hapizah).... Ibu pun dapat jumpa Dato' Siti Nurhaliza and Dato' K... diaorg datang 5 hari je...tp Ibu takdela amik gambar diaorg... senyum, and diaorg senyum balik je... (almaklumlah, dia dtg nak beribadat.. sama mcm ibu... takkan ibu nak sibuk nak amik gambar lak..) Malek Noor pun ibu jumpa... :) seronok tgk ramai jemaah Malaysia yg pegi...


Okla, cukupla kut... yg lain walaupun byk lagi... biarlah disimpan utk kenangan ibu je... insyaallah, nanti ada rezeki utk kawan2 ibu yg baca blog ini utk pegi... ibu dah daftar haji... insyaallah 2017... hehehe... kira umrah ni persediaan ibu la...


Enjoy the photo... walaupun tak teratur ... :)


Ibu dekat Airport Jeddah... pakai baju jubah beli kat sana.... bole pakai time sarat nanti :)

di perkarangan masjid
ketika ziarah jabal rahmah...


Ibu n unta


ibu n burung2 yang memang byk dpn masjidil haram


Ibu with Kebab (makanan fav ayah)


dari bilik hotel ibu... mengadap masjid... betul2 dpn pintu istana raja saudi


bilik hotel ibu


Tv hotel meridien tayang live broadcast dr Kaabah... so ibu tau bila ramai org and bila kurg... bila kurg, ibu ngan ayah siap2 pegi tawaf ;)


Ibu dkt atas bukit penyerang berpanah ketika perang Uhud (tempat Sayidina Hamzah menemui ajal)


Ibu lagi...


Tapak Perang Uhud



Ibu and ayah dpn Masjid Quba


Ibu dpn Masjid Nabawi


Ayah dpn Masjid Nabawi


Ibu lagi...


Ibu jugak... :)


Pilot and co-pilot yang solat dlm kapal terbang dlm perjalanan pergi dr KLIA ke Madinah


Makanan2 business class


makanan lagi...


entree'...


Ibu dlm flight...


Ibu sebelum pegi... perasan kiut... :)



hehehe..... okla... take care semua... sehingga bertemu lagi di lain post

Wednesday, March 23, 2011

Sneak Preview..... Subhanallah

Bukit Safa - Permulaan Saie'

Jabal Rahmah - Tempat pertemuan Adam & Hawa


Masjid Quba - Masjid pertama yang dibina sendiri oleh Nabi Muhammad SAW


Masjidil Haram & Kaa'bah

Masjid Nabawi - Masjid Nabi / Tapak Rumah Nabi / Taman Syurga Raudhah / Makam Nabi, Saiyidina Abu Bakar dan Saiyidina Uthman

Alhamdulillah, dapat ibu jejakkan kaki dengan ayah. Dah lama ayah berhajat nak bawak ibu...sejak mula kahwin lagi. Akhirnya terlaksana juga.

p/s: next post ibu will elaborate detail, insyallah... ;)

Monday, March 7, 2011

Umrah

Ibu sekarang dekat KLIA dengan ayah.... Insyaallah Akan sampai ke tanah suci Mekah dan Madinah utk mengerjakan umrah dan ziarah dari 7hb - 17hb..... Anak-anak ibu tinggal ngan atuk, wan dan wan su di damansara.... Sebak rasa hati nak tinggalkan anak-anak. Tak penah lagi tinggalkan mereka berdua , selalunya, ayah pegi...ibu tinggal.... Ibu pegi, ayah tinggal..

Ibu doakan semoga perjalanan kami dirahmati, urusan anak-anak dipermudahkan dan ahli keluarga dilindungi , insyaallah....

Sehingga bertemu semula.... Insyaallah.