Saturday, January 14, 2012

Me and breastfeeding.... :)


Ibu dah lama nak update blog ni pasal breastfeeding... satu usaha murni untuk anak ibu , Umar Danish... Ibu sebelum bersalin Umar, ibu dah nekad nak menyusukan Umar selama mungkin.. 1st waktu Nurin, ibu cetek pengetahuan, memandangkan anak first, dah la bersalin secara ceaserean .. dengan puting tengelam, susu tak keluar... mcm2 la.. Waktu dengan Hana, alhamdulillah.. berjaya jugak nak breastfeed tapi byk betul tanggapan negatif dr ahli keluarga and saudara mara terdekat... yg mengatakan..."campur la sket susu formula... tak kenyang anak"... menyebabkan, makin hari makin Hana tak nak kat susu ibu.. nen pun waktu malam je... itupun sampai 5-6 bulan... SO, dengan Umar ni, dalam pantang lagi ibu dah start baca byk pasal susu ibu.,.. exclusive breastfeeding...mcm mana simpan stock... dan macam2... paling ibu suka baca ialah blog http://alinalan.blogspot.com. ... mmg salute la ibu bekerjaya ni...

Alhamdulillah, niat murni utk breastfeed Umar secara exclusive berjaya jugak selama 3.5-4 bulan... bukan ibu sengaja nak campur selepas itu, tapi ibu terpaksa campur demi kesihatan Umar. Utk pengetahuan semua, Umar tak berapa sihat... lahir 2.9kg tapi selepas 2 bulan, berat Umar tak naik sampai 1 kg pun... 3.8kg.. Doktor2 risau, kenapa perkembangan dia tak mcm2 kakak2 dia.. lepas 3 bulan, naik 200g je... lagi risau.. tp ibu nekad gak nak breastfeed... turun naik hospital sungai buloh, PMC, and tropicana medical centre... isk... sedih je.. so, doktor ckp agaknya anak kamu ni minum byk tapi semua tak jadi isi, keluar balik.. (mmg pun .. asal lepas minum je, berak cirit... isk)... So, selepas perkembangan yg sgt tidak normal itu, maka selepas nearly 4 bulan, ibu campurkan dgn S26 (Atas nasihat doktor)... itu pun kalau Umar minum 12 kali... 1 kali je susu S26...yg lain still exclusive breastfeed or EBM ibu... alhamdulillah, lepas 4 bulan, Umar dah tak cirit birit, dan perkembangan dia pun bertambah baik... Syukur sesangat...

Ibu still breastfeed dia... mostly full susu Ibu... tapi kadang2 terpaksa jugak 1 botol S26 kalau hasil perahan susu ibu kurg memberangsangkan... (-ve value dah )... mana taknya, umar minum kat taska 6 bottles of 4 oz... (umar kuat nangis...agaknya, cikgu taska ni duk sumbat susu je setiap kali nangis ... sejak 3 bulan dah bekalkan mcm tu.. mula2 bekalkan 2-3oz setiap botol... tp mengadu tak cukup... so ibu tambah la ke 4 oz every bottle... Licin setiap kali balik... siap suruh bwk extra lagi... (pelik, biar benar taska ni... takkan badan halus mcm tu minum more than 24 oz dlm masa 12 hours)...tapi takpela...demi Umar, anything bole... tu yg kadang2 terpaksa campur gak..

Jadual pumping Ibu di pejabat
Biasa bermula @ 10.30-11am , @ 2.30-3pm dan @ 5.30-6pm. Kebiasaan nye ibu
akan berjemaah pumping dengan rakan sekerja ibu , Hana (dr department PE). Sekarang ni tambah lak dengan kwn ibu Azlifah yg baru masuk keja lepas cuti bersalin. Rutin ini membuatkan kami akan sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain. Maklum ler kekadang leka buat kerja sampai terlepas waktu mengepam. Kami semua pump di surau PE. Kat Perodua ni slacknya takde bilik exclusive utk penyusuan ibu... :)

Apabila di rumah ibu terpaksa menggunakan kaedah tandem pumping - sebelah payudara bagi baby menyusu, sebelah lagi pump. Kebiasaannya hasil perahan ibu sikit je dalam 2.5 oz setiap breast. tu yg ibu terpaksa bgn dgn gigihnya setiap kali umar breastfeed waktu malam... kalau umar bgn kul 1 pagi, 3 pagi, 4 pagi... sebelah umar minum, sebelah ibu pump dengan Medela Harmony ibu... mmg ngantuk sangat2, tapi ibu terpaksa sebab volume negative... nak kena kejar bagi dpt balik... sampai 4 bulan ibu buat.., sekarang tak dah... dah tak larat..Biasanya sebelum ke pejabat, Ibumesti pump 1x. Sejak mula kerja, ibu wajibkan bangun pukul 5... bagi Umar minum sebelah, dan ibu pump sebelah... punya la takut lewat ke tempat kerja... nanti kena black list lak. Sekarang dah susah nak buat tandem nursing sebab dah menyusu baring selalu terlelap skali dengan baby.

Pulang dari pejabat, malamnya ibu juga akan pastikan tandem pumping 1x before menyusu Umar untuk tidur. So total 1 hari ibu akan pumping lebih dari 4-5 kali.


Ni lah stock ibu ... walaupun ibu ada deep freezer, tp ibu tak guna... ibu khas kan deep freezer utk lauk... fridge ni khas utk susu ibu... takut busuk la bila bercampur.

macam ni la ibu bekalkan susu ke taska... dah ada label... siap dgn 2 puting utk senang transfer..takyah cikgu basuh2.... siap bekalkan Warmer lagi... warmer dah lama ada sejak zaman hana...tinggal je dkt nursery, kalau cuti lama bawak balik.
Ni la hasil kat surau PE... Ni hasil waktu pagi... meriah sikit... sebelah kanan dpt 100ml, belah kiri dpt 80ml.. nearly 6oz la.. ... letak dlm drawer bagi suhu setting sebelum transfer ke cooler bag. tak byk macam kawan ibu si Hana... dia masyallah, sekali pump sebelah kanan 5oz, sebelah kiri 5oz... total 10oz setiap kali perah... Isk, ibu tak sebanyak itu... tp alhamdulillah, masih mencukupi utk Umar. Kebiasaannya, Ibu dpt pump 5oz (10.30am), 4oz (2pm) dan 3oz (5.30pm)... alhamdulillah...
ni bila dah transfer dlm liner utk simpan dlm freezer... :) ... bestkan breastfeed ni... Ibu tak jeles tgk blog2 ibu-ibu lain yg susu mereka melimpah ruah... hehehe ibu tak jeles pun, tapi tumpang seronok... tumpang gembira tgk hasil mereka... bagi ibu, setiap titisan susu ibu itu berharga utk anak masing2... masih mencukupi utk anak masing2, insyaallah... seperti yg telah ditetapkan oleh Allah SWT. masih ada rezeki utk Umar... and ibu akan teruskan usaha ibu ni selagi Umar masih nak kat nenen ibu ni... hehehe... esok nak inject umar 5 bulan... yeye.. bulan dpn, umar bole start solid feeding... Ibu dah beli dah bekas2 kecik Avent nak simpan puree and porridge... hehehe... kali ni, ibu nekad nak bg anak2 ibu yg terbaik... sedikit menyesal time nurin and hana tak bersungguh2 mcm ni... tapi masih belum terlewat kan... :) Semoga Allah menyenangkan usaha ibu ni... Amin..