Wednesday, December 29, 2010

Jalan2 ke Pahang!

Weekend yang lepas, kami sekeluarga + wan su ke Pahang.
(wan su dtg tinggal umah kami time cuti sekolah, so anak2 tak ke taska- bolehla ibu sampai awal sket ke office 2 minggu akhir 2010 ni).

Tujuannya utk ke majlis sambut menantu Angah, di Felda Chini... hajat di hati nak stay di Gambang, bwk budak2 main air di taman tema nya.... tp since fully booked, ayah treat us all to Hyatt Regency, Kuantan (betul-betul di perairan Teluk Chempedak).. :) ibu pun senyum lebar.... huhuhu...
Kami sampai kul 11 am... semua saudara-mara berkumpul di rumah penginapan (saudara pengantin lelaki). Sebelum tu kami berkonvoi ngan abah... abah biasalah, mana bole jumpa cucu.. ajak breakfast kat karak... makan roti canai dulu... beramah mesra ngan nurin n hana baru kami proceed perjalanan.

Dah abis majlis dlm kul 2.30pm, sebelum kami ke Kuantan, kami singgah di Tasik CHini... 5 min je dr rumah pengantin... tak penah pegi, jakun sket. tp tasik nya kena naik bot. takutla ibu.. so pas amik2 gambar, kami proceed ke kuantan..
Sampai je bandar, singgah minum teh'o kat umah sepupu ibu, anuar... sebab adik2 beradik dia, anak mak teh semua berkumpul sebelum bertolak balik kl...
Dah kenyang ngan air, baru kami sampai Hyatt... dlm kul 4.30. kakak n adik nampak je swimming pool, tak nyempat2 mintak pelampung dlm keta.. hehehe..
enjoy kat hotel sampai ahad.. sementara ayah pegi spa, sempat gak kami shopping kat supermarket nama Cowboy.. lawak btul... brg2 ala-ala mydin.. habis gak duit ibu kena pow mainan ngan anak2...

sampai sg buloh, dlm kul 8, kami pekena sup ani utara dulu... sebab ada live bola Malaysia vs Indonesia (3-0).. tgk half time kat kedai, and half time lagi kat umah..
ibu mmg keletihan, tp letih hilang esok harinya bila duit bonus n gaji masuk.... hehehe lebih 7 bulan bonus.... mana tak hilang letih..

:) okla.. panjang lebar lak... nanti sambung lagi yek... mungkin next post citer how ibu spend duit2 ibu wahahahaha... ada yg dpt Coach handbag satu lagi ;)
~bye~

kakak yg kegembiraan bila duduk hotel

adik yg nak ikut kakak buat peace... tp tak pandai..

hehehe... adik still tak pandai.

pemandangan dr bilik hotel


adik yg kesejukan... tp bila ajak naik , menjerit tak nak... last2 surrender

anak2 yang gembira jumpa pool

posing di tasik chini... adik berkaki ayam, sebab berdukung

kakak yg manis tersenyum di Felda Chini.
~the end~

Wednesday, December 22, 2010

Buang Tabiat...

tetibe je mengubahsuai blog...
;)
rupa-rupanya dah byk gadget baru yg dioffer oleh blogspot.
bole link with twitter ibu lagi... cool!..
nanti nak experiment ngan background lain lak...
this week mood ... merah !
next....?

Sunday, December 19, 2010

Snapshots dari Resepsi Perkahwinan di Kg Merapoh

orang-orang kampung merapoh, kuala lipis , pahang :) which i love

Muka ibu yg kepenatan setelah membasuh pinggan.... bergambar bersama sepupu2 perempuan

Anak2 dara ibu... sedondon.. si kakak bergaya...n si adik tak abis2 makan je keja nya

ibu & adik


angah di hari pernikahannya

turqoise green is the 'resepsi' theme....tgk ibu ku sibuk menyambut tetamu... jadi mdm vip lagi.. almaklumlah ;)

Cantikkan gambar2 ni... semuanya di snap shot oleh Adik Aqilah Hairan, one of my sis 'best buddies'. Semua gambar ibu convo, family potrait semua diambil oleh qiqi... kalau nak kenal si qiqi ni, refer gambar bawah ni, yang berdiri kat belakang our famous UK fashion designer, Hana Tajima ... Qiqi ni diehard fan si yunalis zara ni (a.k.a. yuna) which also turn out to be Hana Tajima's best friend in Malaysia. :) nasib baik muka ibu tak sesuai pakai tudung mcm qiqi... kalau tak .. confirm ibu ikut qiqi pi showcase diaorg ari tu...

p/s: nak buat mcm mana,... muka ibu tembam... tak cun pakai shawl ...hehehe peace!

Saturday, December 18, 2010

Baraka Allahu ~ Angah & Hubby 18th December 2010


We're here on this special day
Our hearts are full of pleasure
A day that brings the two of you
Close together

We're gathered here to celebrate
A moment you'll always treasure
We ask Allah to make your love
Last forever

Let's raise our hands and make Dua'
Like the Prophet taught us
and with one voice
Let's all say, say, say

Baraka Allahu Lakuma wa Baraka alikuma
Wa Jamaah baina kuma fee khair
Baraka Allahu Lakuma wa Baraka alikuma
Wa Jamaah baina kuma fii khair

From now you'll share all your chores
Through heart-ship to support each other
Together worshipping Allah
Seeking His pleasure

We pray that He will fill your life
with happenings and blessings
And grants your kids who make your home
Filled with laughter

..............Selamat Pengantin Baru adik sepupuku, Hasliza Mastura (Angah) and Hanapiah......
Semoga berkekalan ke anak cucu... ~ Baraka Allahu~

Monday, December 6, 2010

QC Team Building @ Gambang Resort (4th~5th Dec'10)

Team Black Maria

Team 'Sky Hawk'

Menuju ke Paint Ball area dlm hutan

Muka kekenyangan

Bos2 ... dan orang kuat QC (mcm kumpulan pop shuvit pun ada gak)

Ibu & Kawan seperjuangan , Arey

Ibu waktu jatuh dlm game 'Trust & Fall'

Kumpulan 'Jin Buragas' - Team yg selalu hilang tetapi menang team terbaik...ahaks!

Gambar2 kat atas ni diambil sempena QC Perodua Team Building... Alhamdulillah.... julung2 kalinya... setelah hampir 6 tahun kerja di Perodua, first time... Ibu dapat pegi retreat yang tak perlu terperap dlm bilik seminar membentangkan KPI-KPI yang tak bole dan sudah di achieve... di hentam oleh bos2 kerana membuat presentation salah dan sebagainya... Ini kali 3 yang Ibu dpt join... dan pertama kalinya penuh dgn aktiviti outdoor. Walaupun penat sebab tak cukup masa dan masalah2 teknikal seperti bas lewat, n bilik penuh, tapi overall tetap menghiburkan. First time jugak la Ibu pegang gun paint ball walaupun hanyalah tembak target je (Ok pe... 29/51). Lenguh2 kaki, sengal2 sendi bila org2 berusia disuruh berlari main perang2 baling air.. dan berpeluk2 utk mengeratkan silaturrahim.. (jgn takut, lelaki saja yg kena peluk2... yang perempuan dikecualikan) :)
Overall menghiburkan.... balik apa lagi... sambung keja la... hehehe peace!

Di hari convocation Mak Su Nana

Sekitar majlis convocation adik Ibu, Nana pada 28th Nov'10.. Ibu kena wakil sebab mak ngan abah still di Tanah Suci Mekah.... :) so, sementara Ibu masih belum pulangkan jubah... so kami decide amik gambar bersama2... so inilah anak2 perempuan Haji Ibrahim & Hajjah Hasmah :) yang anak ke-2 dapat Masters sama tahun dengan anak bongsu dapat Diploma... Insyaallah, tahun 2012 nanti, yang ketiga, Ida akan dpt Degree sama tahun ngan yang bongsu dapat Degree jugak :) ... Yippie!! double celebration lagi :)


P/s: tak aci.... nana pakai kasut tinggi berpuluh2 inci... hahahahha, nak sama tinggi ngan Ibu.. :)

Saturday, November 27, 2010

Akhirnya... :)

Akhirnya Ibu update jugak blog Ibu after a looonggg and longggggg break... Dulu rajin, sebab asal masuk kelas weekend je, kalau tengah bosan, Ibu update blog... skang kelas dah abis... so nak bukak laptop pun tak rajin... Ibu update facebook and twitter skang pun tak guna laptop, guna Blackberry and Ipad je.. Alhamdulillah, akhirnya Ibu tergerak jugak hati nak guna laptop, so Ibu amik kesempatan nak update blog yang bersawang2 ni.

Alhamdulillah, Mak, Abah & Busu tersayang semua sekarang masih di Tanah Suci Mekah, menunaikan Ibadah Haji. Mereka semua akan pulang ke pangkuan kami Insyaallah pada 8hb Disember ini... tak sabar nak jumpa .. rindu. Oleh kerana mereka di tanah suci Mekah, mereka tak dpt hadiri majlis konvokesyen yg ke-73 UITM yang mana Ibu terima Sarjana bg bidang Pengurusan Kejuruteraan (Engineering Management) pada sidang pertama, 25hb November dan adik Ibu, Nana akan terima diploma bg bidang Mass Communication pada 29hb November ini. Ibu sgt gembira, sebab dpt terima scroll dr Yang Dipertuan Agung... walaupun sgt panjang majlisnya dan byk protokol, but it will always be in my hearts... moments that will be cherish forever. Selepas majlis konvo, ayah belanja kami semua makan di Fu-Rin Japanese Restaurant... nyam2...first time anak2 makan Japanese food.. Bole la...hehehe.

Disebalik kegembiraan, terselit jugak berita sedih dimana semalam, 26hb November... bapa saudara Ibu telah kembali ke rahmatullah, Allahyarham Zinil Abeden. Pak de kami ialah adik ipar Abah...menderita sakit kanser perut sejak mula didiagnosis tahap 3 ketika dia pulang bersama Mak De dari Mekah akhir tahun lepas. Kami doakan agar rohnya dicucuri rahmat dan semoga ahli keluarganya tabah menghadapi ujian Allah. ~Al-Fatihah~.

Ok, nak stop dah mengarang, nak siap2kan anak2 utk pegi majlis suai kenal penduduk Sunway Rahman Putra... aktiviti yg dianjurkan setiap tahun utk meraikan ahli penduduk. Ada McD goodies for anak2.. and makanan utk Ibu and Ayah... hehee, hari utk melantak...

okla, enjoy gambar2 yang di snap oleh bakal pemegang degree bagi photography...Cik Aqilah Hairan yang juga rakan baik Nana, dan ditemani oleh En Izdihar Jaafar...Both of them will also be receiving their diploma bersama Nana insyallah... Love them...

Kami di Fu-Rin Japanese Restaurant...Nana, Ida, Ayah, Ibu, Iz...and nampak kaki Nurin.. Hana n Bibik menyorok... and Aqi takde dlm foto...(itulah nasib si photographer...selalu takde)

My sisters.....from left Hedaya, Hayati and Diana.... tak sama kan?.. :)

Me and my other half... My partner and all-time supporter... My sayang!

Kami sekeluarga.... My lil' family..

Ibu n rakan2 sekelas... Kak Zila, Kak Ainon, Amir, Mat Syam.. yang takde dlm gambar.. Matun, Husna and HAsibullah... hilang dlm kesesakan ramai..

Hubby melayan Hana yg tengah demam... :(