Alhamdulillah, Mak, Abah & Busu tersayang semua sekarang masih di Tanah Suci Mekah, menunaikan Ibadah Haji. Mereka semua akan pulang ke pangkuan kami Insyaallah pada 8hb Disember ini... tak sabar nak jumpa .. rindu. Oleh kerana mereka di tanah suci Mekah, mereka tak dpt hadiri majlis konvokesyen yg ke-73 UITM yang mana Ibu terima Sarjana bg bidang Pengurusan Kejuruteraan (Engineering Management) pada sidang pertama, 25hb November dan adik Ibu, Nana akan terima diploma bg bidang Mass Communication pada 29hb November ini. Ibu sgt gembira, sebab dpt terima scroll dr Yang Dipertuan Agung... walaupun sgt panjang majlisnya dan byk protokol, but it will always be in my hearts... moments that will be cherish forever. Selepas majlis konvo, ayah belanja kami semua makan di Fu-Rin Japanese Restaurant... nyam2...first time anak2 makan Japanese food.. Bole la...hehehe.
Disebalik kegembiraan, terselit jugak berita sedih dimana semalam, 26hb November... bapa saudara Ibu telah kembali ke rahmatullah, Allahyarham Zinil Abeden. Pak de kami ialah adik ipar Abah...menderita sakit kanser perut sejak mula didiagnosis tahap 3 ketika dia pulang bersama Mak De dari Mekah akhir tahun lepas. Kami doakan agar rohnya dicucuri rahmat dan semoga ahli keluarganya tabah menghadapi ujian Allah. ~Al-Fatihah~.
Ok, nak stop dah mengarang, nak siap2kan anak2 utk pegi majlis suai kenal penduduk Sunway Rahman Putra... aktiviti yg dianjurkan setiap tahun utk meraikan ahli penduduk. Ada McD goodies for anak2.. and makanan utk Ibu and Ayah... hehee, hari utk melantak...
okla, enjoy gambar2 yang di snap oleh bakal pemegang degree bagi photography...Cik Aqilah Hairan yang juga rakan baik Nana, dan ditemani oleh En Izdihar Jaafar...Both of them will also be receiving their diploma bersama Nana insyallah... Love them...
Kami di Fu-Rin Japanese Restaurant...Nana, Ida, Ayah, Ibu, Iz...and nampak kaki Nurin.. Hana n Bibik menyorok... and Aqi takde dlm foto...(itulah nasib si photographer...selalu takde)









then, wedding anniversary ibu n ayah on 8th June... (ayah belikan ibu handbag COACH... hehehe kat OU... tak rasmi lagi guna... still dlm kotak... sayang punya pasal)...


Waktu ayah pegi umrah... nak hilangkan rasa rindu kakak kat ayah, ibu bawak wan su, kakak n adik pi tgk lampu kat I-city,.. saja jalan2. Kakak dah start rindu kat ayah... pegang gambar ayah, tanya ayah mana, muka tetibe sayu je. so, utk mengurgkan nya.. ibu bwk dia jalan2. Cantik gak I-city ni. Ibu tgk gambar kwn ibu, akak zalina and ambry, terus tanya ambry kat ofis..kat mana i-city ni.. so dgn gagah nya drive mencari jalan..
Anyway, the girls was happy. Wan su pun excited. Wan su duduk ngan kami sempena cuti sekolah, teman ibu jaga anak2. wan su jugak yg jaga ibu dlm pantang for both kids... Ibu mmg sayang gila la wan su ni. suka dia ibu bwk jalan kat kl. life kat kpg, jimat lampu.. hehehe, so bile dia tgk limpahan lampu yg mewah ni, terkejut gak dia.. tp she seems happy n excited. Pas tu kami pi makan kat bangi kopitiam.. ibu minum teh tarik je, sebab dah lewat.. rosak diet ibu kalau mkn nasi.. hahaha..mcm real je.

