Sunday, August 7, 2011
Monday, April 4, 2011
Jalan - Jalan Cari Makan Ibu!
2hb April baru - baru ni... family Pak Su budak2 ni ajak makan sama-sama sempena meraikan Pak Su dapat bonus dari Celcom... :) so, memandangkan kami ni jenis tak suka jalan jauh2, Mak Su suggest kami pergi Cafe De'Manggis kat Kuang... Cafe ni menyediakan steamboat, barbeque and pakej ala-carte and set dinner.. Environment not bad, ada live band menyanyi... pilihan steamboat campur ice-cream, and kuih-muih. Ada juga ala-carte, pilihan ikan bakar... so, kami amik set steamboat n barbeque utk 4 dewasa... dan budak2 kami order ala-carte.. nasi ayam and nasi goreng cina... kami tambah gak 3 ekor ikan cencaru bakar utk puaskan hati ibu yg suka makan ikan bakar... ;) mmg sedap aa ikan bakar dia... cicah lak ngan sambal kicap, isk superb...
Alhamdulillah, not bad la servis makanan... harga pun berpatutan rm 20/sekepala utk steamboat and barbeque.
tu je la... tak tau nak citer apa dah... enjoy the photos...
sambal kicap... pedas n sedap
Sunday, March 27, 2011
Assalamualaikum.... time for blog update. Seperti yg dijanjikan, ibu punya post kali ini ialah berkenaan umrah yg ibu dan ayah buat baru-baru ni... ibu post byk photos... (tp turutan semua terbalik... hehehe, malas nak adjust... gambar yg first last day...gambar yg last first day)... tp tak kisah la... :)
Alhamdulillah, akhirnya ibu berjaya menjejakkan kaki ke tanah suci Mekah dan Madinah utk pertama kali... (ayah dah masuk kali ke-3). Ibu rasa seronok sgt, banyak kenangan manis... peristiwa-peristiwa menarik yang insyaallah akan jadi ingatan ibu sampai bila-bila.
Oleh kerana ibu pregnant, doktor tak galakkan ibu buat lebih dari 3 kali umrah... tp kalau sihat, bole buat lebih.... tp ibu ikut nasihat doktor, ibu buat 3 kali, alhamdulillah... dan buat jugak tawaf sunat... Ibu juga bersyukur sgt diberi peluang betul-betul berdiri depan pintu Kaabah (ayah pun tak dpt)... Pengawal Kaabah tetiba bila ibu tengah tawaf dalam kesesakan ramai panggil ibu "hajjah..hajjah, masuk"... (utk makluman, mmg diaorg dah terer semua bahasa tgk kaum yg dtg.. sebab mmg ramai dah yg diaorg jumpa)... so ibu dpt masuk ke kawasan dpn pintu Kaabah... betul-betul tepi Hajar Aswad.. Oleh kerana first time, ibu tgk dpn pintu Kaabah, takde org.... tp dkt area Hajar Aswad, masyaallah ramainya... sampai panjat2 atas org... so ibu tak berani nak pegi cium Batu Hajar Aswad tu takut kena hempap.... tapi ayah kata (lepas ibu jumpa ayah balik) ... rugi ibu tak mintak ngan pengawal tu.... sebab selalunya kalau pengawal tu panggil masuk... tu rezeki... kalau mintak nak pegi kat Hajar Aswad tu, insyaallah pengawal tu akan tolak semua lelaki yg ada kat situ n bagi perempuan cium... mana la ibu tau... ingatkan dpt duduk depan pintu Kaabah tu dah cukup bersyukur dah sebab hanya ibu kat situ waktu tu... ... Takpela, rezeki ibu mungkin takat tu je... insyaallah lain kali kalau ada rezeki, ibu akan dpt peluang lagi...
Ibu ada beberapa post beberapa gambar lagi.... ibu seronok sgt, sebab ayah bawak ibu naik business class... makanan non-stop asyik hidang je... :) duduk pun hotel mengadap masjidil haram... tak sampai 5 min berjalan ke dua-dua masjid...
Ibu pun alhamdulillah dpt jumpa semua rakan-rakan Perodua yang pergi ke sana walaupun dalam kesesakan ramai... :) rezeki ibu ... (jumpa Darmawan QA, Kak Ila, adik dia, Kak Hapizah).... Ibu pun dapat jumpa Dato' Siti Nurhaliza and Dato' K... diaorg datang 5 hari je...tp Ibu takdela amik gambar diaorg... senyum, and diaorg senyum balik je... (almaklumlah, dia dtg nak beribadat.. sama mcm ibu... takkan ibu nak sibuk nak amik gambar lak..) Malek Noor pun ibu jumpa... :) seronok tgk ramai jemaah Malaysia yg pegi...
Okla, cukupla kut... yg lain walaupun byk lagi... biarlah disimpan utk kenangan ibu je... insyaallah, nanti ada rezeki utk kawan2 ibu yg baca blog ini utk pegi... ibu dah daftar haji... insyaallah 2017... hehehe... kira umrah ni persediaan ibu la...
Enjoy the photo... walaupun tak teratur ... :)
Wednesday, March 23, 2011
Sneak Preview..... Subhanallah
Jabal Rahmah - Tempat pertemuan Adam & Hawa
Masjid Quba - Masjid pertama yang dibina sendiri oleh Nabi Muhammad SAW
Alhamdulillah, dapat ibu jejakkan kaki dengan ayah. Dah lama ayah berhajat nak bawak ibu...sejak mula kahwin lagi. Akhirnya terlaksana juga.
p/s: next post ibu will elaborate detail, insyallah... ;)
Monday, March 7, 2011
Umrah
Ibu sekarang dekat KLIA dengan ayah.... Insyaallah Akan sampai ke tanah suci Mekah dan Madinah utk mengerjakan umrah dan ziarah dari 7hb - 17hb..... Anak-anak ibu tinggal ngan atuk, wan dan wan su di damansara.... Sebak rasa hati nak tinggalkan anak-anak. Tak penah lagi tinggalkan mereka berdua , selalunya, ayah pegi...ibu tinggal.... Ibu pegi, ayah tinggal..
Ibu doakan semoga perjalanan kami dirahmati, urusan anak-anak dipermudahkan dan ahli keluarga dilindungi , insyaallah....
Sehingga bertemu semula.... Insyaallah.
Ibu doakan semoga perjalanan kami dirahmati, urusan anak-anak dipermudahkan dan ahli keluarga dilindungi , insyaallah....
Sehingga bertemu semula.... Insyaallah.
Saturday, February 19, 2011
Tribute to Mak!
= Tan Sri Dato' Hasmah Binti Abdullah a.k.a. Mak
i know it's 4 days late.....
but it is never too late to say how proud we are on your success...
although dah bersara... officially on the 7th of January 2011 baru-baru ni... tp alhamdulillah, masih ada pengiktirafan yg diberikan atas usaha dan kegigihan mak selama ni..
you have showed us that anything can be achieved (although impossible as it may seem)... if you have the courage and passion. You have set up a very high standard for us to follow.. and we love you so much for that...
Congratulations mak on your success...
Uween, Hana ... Ibu & Ayah loves you...
~warded~

Ibu kena tahan di wad PMC 3 hari 2 malam sejak khamis lepas (17hb ~ 19hb/2/2011) sebab virus infection / viral fever.... bdn jadi sengal2... tekanan darah rendah.... and tak bermaya...
Mula2 anak yang demam... bergilir2... elok je budak2 tu sihat, ibu lak berjangkit... mula2nya muntah2 sejak petang kat ofis... muka dah merah2...balik je keja terus flat. ingatkan pas rehat , and mkn panadol okla... alih2 pagi esok, tepon bos kata masuk lewat..tup-tup tak masuk langsung, sebab kena tahan ngan doktor... so bermalam la ibu di hospital. adik n kakak, ayah hantar damansara sebab ayah pun rasa nak demam.... :( isk, satu family berjangkit...
tp, alhamdulillah, ibu dah kuat sket... tinggal batuk n selsema je belum kurang. doktor kata takpe, discharge dulu, nanti dtg follow-up balik..
rindu kat anak2.... still kat umah mak... :(
cepatla balik anak2 notty ibu.... ibu rindu !
Subscribe to:
Posts (Atom)