Thursday, September 1, 2011

Pray for my son....

Assalamualaikum... dah lama betul tak update blog... busy ngan anak2 + tak larat dengan 3rd pregnancy asyik sakit je..

Untuk makluman, Ibu dah selamat melahirkan baby boy (Alhamdulillah) pada 26hb Ramadhan 2011 bersamaan 26hb August 2011 baru-baru ni...pada jam 7.30am secara pembedahan LAGI di Putra Medical Centre. Sepatutnya bersalin selepas raya... tp disebabkan ada premature contraction, ibu terpaksa bersalin awal seminggu... :(

Alhamdulillah, ibu beransur sihat... tp sakit sebab pembedahan tu mmg ada... tp ibu terpaksa la tanggung sebab nak anak2 sihat...

Untuk makluman, ibu tak dpt dukung lagi anak ibu ni... sebab pada jam 5 ptg hari yg sama Ibu deliver, baby terpaksa dipindahkan ke NICU Tropicana Medical Centre disebabkan masalah pernafasan... :( ni dah masuk hari ke-7 baby kat situ, ibu baru 2 kali lawat dia... itupun dpt sentuh sket2 je... sebab baby dlm ventilator and incubator... sedih hati ibu. Kakak-kakak dia, Nurin and Hana ... dan di bawa pulang ke kampung oleh Atuk and Wan utk sambut Hari Raya. Lagi sedih hati Ibu... berdua di rumah sahaja sempena Syawal tahun ni... anak di kampung, dan anak di hospital... tp ibu kena bersabar sebab tak elok ibu baru bersalin asyik sedih kan...
Doakan anak ibu sihat yek... ibu sedih tgk tube2 masuk badan... keja ibu kat umah duk pump breastmilk je nak pastikan baby ibu dpt khasiat yg sepatutnya walaupun tak sihat... setiap kali ibu lawat dia, ibu nangis... tp alhamdulillah doktor kata progress baby bertambah baik... hari ni insyallah doktor akan putuskan oxygen support nak ajar dia bernafas dengan sendiri secara ryhtmatic... doakan anak ibu mempunyai daya ketahanan yg tinggi... Insyaallah...

Nanti ibu post beberapa gambar baby ibu sebelum transfer and condition sekarang... and juga gambar kakak-kakak dia beraya yg dihantar melalui MMS oleh atuk diaorg...

Baby current condition... :( sedih hati ibu tengok

Baby hari ke 3 di NICU

Baby 1st day... waktu nak transfer ke TMC

Baby waktu transfer... masuk dlm bilik wad ibu... tp ibu tak bole sentuh... :(
Baby waktu lahir... :) my son...

Kakak Nurin and kakak Hana di Hari Raya ke-2

Kakak Nurin and Kakak Hana dengan Atuk dan Wan di Hari Raya Pertama di Kpg Merapoh
Hana takut mercun di malam raya... :) comel kan bersumbat tisu telinganya
Kak long pun takut jugak... muka sedih je
Kakak in matching outfits.... pada hari melemang... :) rindu ibu kat puteri-puteri ibu ni..

3 comments:

Kay said...

Tahniah Yati...

Selamat hari raya maaf zahir batin

Moga baby sihat sejahtera

Sapa nama baby?

hayati ibrahim said...

thanks kay...
baby still tak keluar dr icu lagi..
nama dia Umar Danish Bin Mohd Nizam... baru nak update blog.. :)

الملك الناشر said...

شركة تنظيف خزانات بجازان

شركة رش مبيدات بجازان

شركة تنظيف مجالس بجازان

شركة تنظيف مساجد بجازان

ــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــ
شركة ترميم منازل بالدمام

شركة تنظيف مجالس بابها

شركة كشف تسربات بابها

شركة تنظيف خزانات بابها